Saturday, 2 March 2013
Alhamdulillah..
Bersyukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnia-Nya kami suami isteri akhirnya berupaya membuka sebuah butik yang menjual tudung, jubah, baju dan lain-lain yang tidak pernah terlintas sama sekali dalam fikiran kami selama ini. Detik 1.3.13 membuka lembaran baharu kehidupan kami dalam menjana rezeki apabila CINTA SURI ENTERPRISE tercatat sebagai salah satu syarikat berdaftar di Malaysia. Langkah yang seterusnya ialah kami sedang mengubahsuai ruang dalaman butik agar bersesuaian dengan konsep jualan kami dan pastinya untuk menambat hati pelanggan yang pertama kali melangkah ke dalam butik CINTA SURI COLLECTIONS. Kami menjalankan perniagaan secara offline dan online. Kami akan mencuba sedaya-upaya untuk sentiasa mengemaskini gambar terbaharu koleksi di butik kami. Kami sentiasa memerlukan sokongan dan pandangan anda semua dalam meningkatkan servis jualan kami. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment